IIUM: Announcements | News | Updates

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Bab Menyatakan Menakuti Orang yang Meninggalkan Sembahyang (باب زجر تارك الصلاة)


بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti yang kita ketahui bahawa sembahyang yang lima waktu itu tiang bagi agama. Maka mereka yang mendirikan sembahyang itu telah mendiri ia akan agama dan mereka yang meninggalkan sembahyang itu telah meroboh ia akan agama. Dan bahawasanya daripada sebesar-besar bala dan terlebih keji daripada segala yang keji-keji itu bemudah-mudah seseorang dengan sembahyang. Dengan sembahyang, Allah mengangkat darjat dan diampuni Allah akan segala kejahatan dan dosa seseorang.

Tiada difardhu Allah atas segala hambanya kemudian daripada tauhid, akan sesuatu yang terlebih kasih kepada Allah daripada sembahyang dan jika ada suatu terlebih kasih kepada Allah daripada sembahyang nescaya diperbuat ibadah dengannya segala malaikat kerana setengah daripada malaikat itu rukuk, sujud, berdiri, dan duduk. Dan dikatakan bahawasanya segala yang sembahyang daripada malaikat yang di dalam tujuh petala langit itu dinamakan khadamur rahman (خدام الرحمن).

Di akhirat nanti bahawa amalan manusia yang pertama dihisab oleh Allah ialah sembahyang sebagaimana sabda Nabi صلى عليه وسلم :
((أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة الصلاة, فان صلحت صلح سائر عمله وان فسدت فسد سائر عمله))
Maksudnya: Perhitungan yang mula-mula sekali dilakukan ke atas seseorang hamba di akhirat nanti ialah sembahyang, jika baik sembahyang maka baiklah segala amalan yang lain dan jika rosak sembahyang maka turut rosak segala amalan yang lain.

Sabda Nabi صلى عليه وسلم lima sembahyang difardhukannya oleh Allah atas segala hambaNya maka mereka yang menunaikan sembahyang pada segala waktunya adalah ia nur baginya dan tanda pada hari kiamat dan mereka yang meninggalkan sembahyang diseksa bersama dengan firaun dan haman.

posted under | 0 Comments

Ada Apa Dengan Cinta?


Assalamualaikum wbt
Pertemuan demi pertemuan. Sedar tidak sedar kita sudah berada di pertengahan semester. 
Pernahkah ditanya pada hati, apakah semester ini ada cinta yg segar mendatangi hati? 
Telahkah kita memahami hakikat dan makna cinta yang sebenarnya? 
Sekian lama kita hidup, apakah kita telah terokai perasaan halus seni, cantik dan indah yang Allah anugerahkan ini?

posted under , | 0 Comments

Nasihat Buat Diriku & Dirimu


Assalamualaikum w.b.t


Nasihat Hari Ini : Kita perlu menjadi batu-bata yg menguatkan binaan, bukan batu-bata yg menghancurkan binaan. Maka, jadilah umat yang menguatkan agama, bukan menghancurkan agama.

Nasihat Hari Ini : Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, sama seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah.

The Miracles of "Selawat Nabi"



Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, kali ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.

The Greatest Treasure of The Islamic World


Bila tibanya Maulidur Rasul, ramai umat Islam menyambutnya dengan penuh meriah untuk memeperingati hari tersebut... siap dengan perarakan,qasidah,selawat beramai-ramai,dan macam2 lagi.. Akan tetapi bila je musim maulidur rasul tamat, semua org dah lupa untuk memperingati Baginda.. kembali seperti sedia kala.. dah xda qasidah yg syahdu, gemaan selawat keatas Baginda Rasulullah s.a.w ..

posted under , | 0 Comments

Did You Thank Allah for Your Eyesight?




An interesting article to highligt :

Did You Thank Allah for Your Eyesight?


A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: "I am blind, please help." There were only a few coins in the hat.

A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.

Older Posts Home


SHARE YOUR THOUGHTS

Have the urge to share with your fellow colleagues by sending us your stories.

Your stories can be anything ranging from your opinions about campus life to daily events that may have occurred to you.

Do you have any special announcements or advertisements for your colleagues?

Then share it here with us.

Send your contents to bsbm...@gmail.com.


We love to hear from you.

IIUM.FM

BSBM Batch Emblem

BSBM102.blogspot.com is a site dedicated specially for members of the BioMedical Batch 102 Community. A site that provide useful information for members of BSBM 102 as well as visitiors of this site.

Read here for more information.


NEW VISITOR?

Start Button for Newbies

SUBSCRIBE (FREE)

Subscribe to our
"INSIDE BSBM 102" newsletter for exclusive inside story of BSBM 102.


 or, subscribe with RSS Reader


Recent Comments