IIUM: Announcements | News | Updates

The Greatest Treasure of The Islamic World


Bila tibanya Maulidur Rasul, ramai umat Islam menyambutnya dengan penuh meriah untuk memeperingati hari tersebut... siap dengan perarakan,qasidah,selawat beramai-ramai,dan macam2 lagi.. Akan tetapi bila je musim maulidur rasul tamat, semua org dah lupa untuk memperingati Baginda.. kembali seperti sedia kala.. dah xda qasidah yg syahdu, gemaan selawat keatas Baginda Rasulullah s.a.w ..
Kita sebagai umat Baginda Rasuulllah s.a.w, hendaklah selalu mengingati nya, tidak mengira waktu atau tempat... at least setiap kali selepas solat fardu,bykan lah selawat keatas Baginda .. Sedangkn Rasullah teringat akan umatnya ,sampai ke nafas terakhir... UMMATI,UMMATI, UMMATI... dengan itu hendak lah kita belajar untuk mengenali Baginda melalui sirah nabiwiyah, agar dengan cara ini, kita akan lebih mengenali Rasulullah seterus nya selalu untuk mengingati Baginda..
Akhirul Kalam, jom kita membaca dan menghayati artikel ttg PEMILIK RAHSIA RASULULLAH.. drp wedsite iluvislam...

Alkisah pada suatu hari, seorang anak kecil sedang menggembala kambing kepunyaan pembesar Quraisy, Uqbah bin Abi Mu'aith, dan telah datang kepadanya Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar r.a. yang sangat keletihan dan kehausan hinggakan bibir mereka kering. Mereka mengucapkan salam seraya berkata, "Wahai anak kecil, perahkanlah untuk kami susu kambing ini agar dahaga kami hilang dan keringat kami hilang."
"Maaf, aku tidak boleh melakukannya. Kambing ini bukan milikku. Aku hanya seorang penggembala." Jawab anak itu bersenandungkan amanah.
Rasulullah s.a.w. lalu berkata, "Tunjukkan kepadaku (1)kambing yang belum dikahwinkan." Anak kecil itu, yang digelar Ibnu Ummi Abdul, menunjukkan kepada seekor kambing kecil yang berada dekat dengannya. Rasulullah s.a.w. menghampiri kambing itu lantas memegang puting susunya dengan tangan, menyebut nama  Allah lalu meniupnya. Dan keluarlah susu kambing itu bercucuran. Ibnu Ummi Abdul, atau nama sebenarnya Abdullah ibn Mas'ud, hanya memerhati dengan penuh kehairanan.
Abu Bakar r.a. mengisi air susu itu dalam seketul batu yang berlubang lalu mereka, termasuk Abdullah, meminumnya. Selesai hajat mereka, air susu itu berhenti mengalir sebaik sahaja diarahkan oleh Rasulullah s.a.w.
"Ajarkan kepadaku kalimat yang engkau ucapkan tadi," kata Abdullah.
"Engkau anak yang terdidik," jawab Rasulullah.
Itulah permulaan kisah Abdullah ibn Mas'ud r.a. dengan Rasulullah s.a.w.. Sedari pertemuan itu, Abdullah menggauli Nabi Allah, Muhammad s.a.w. hingga akhirnya dia memilih Islam sebagai agamanya. Abdullah termasuk golongan As-Sabiqunal Awwalun, iaitu kelompok pertama yang menerima Islam. Dia kemudian menawarkan diri untuk berkhidmat kepada baginda dan jadilah dia pembantu kepada Penghulu Para Nabi.
Membesar di rumah baginda membuka peluang kepada Abdullah untuk ditunjuk ajar, belajar, dan mencontohi Rasulullah. Sejarah meriwayatkan bahawa Ibn Mas'ud adalah sahabat yang paling banyak membaca Al-Quran, paling memahami maknanya dan paling mengetahui syari'at Allah s.w.t.. Bahkan Rasulullah s.a.w. mengizinkan Abdullah masuk ke (2)rumah baginda sesuka hatinya dan menyingkap landasan rahsia baginda hinggakan dia dipanggil Sahibussir, pemilik rahsia Rasulullah s.aw..
Umar Al-Khattab pernah bercerita, suatu malam ketika dia berada di samping baginda dan Abu Bakar r.a. yang sedang bermusyawarah perihal kaum Muslimin lalu mereka beredar dari tempat itu, mereka melihat seorang lelaki yang sedang solat di dalam masjid. Rasulullah s.a.w. berdiri sejenak di situ melontarkan pandangannya terhadap lelaki itu hingga akhirnya lelaki itu menoleh kepada mereka. Bagida langsung berkata, "Siapa yang senang membaca al-Quran dengan lembut sebagaimana diturunkan, hendaklah dia membacanya seperti bacaan Ibnu Ummi Abdul." Ketika Ibnu Mas'ud duduk berdoa, Rasulullah s.a.w. melanjutkan kata-katanya, "Mintalah, engkau akan diberikan-Nya. Mintalah, engkau akan diberikan-Nya."
Umar r.a. lalu berkata dalam hatinya, "Demi Allah, esok aku akan menemui Ibnu Mas'ud dan memberitahunya bahawa Rasulullah s.a.w. mengaminkan doanya." Adapun keesokan harinya, Abu Bakar r.a. telah mendahuluinya lalu berkatalah Umar r.a., "Demi Allah, Abu Bakar selalu mendahuluiku dalam kebaikan." Umar r.a. telah menyifatkan Ibnu Mas'ud sebagai dana ilmu dan mengangkatnya sebagai kadi Kufah pada zaman pemerintahannya.
Ibnu Mas'ud, sahabat yang dimuliakan Rasulullah, mempunyai pengalaman dalam dua hijrah – ke Habsyah dan ke Madinah – dan berkesempatan sembahyang berkiblatkan dua kiblat iaitu Baitulmaqdis dan Kaabah. Beliau juga pernah mengikuti semua peperangan yang disertai oleh Rasulullah. Dan dalam peperangan Badar, beliau telah memancung kepala musuh Islam paling hebat; Abu Jahal.


posted under , |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home


SHARE YOUR THOUGHTS

Have the urge to share with your fellow colleagues by sending us your stories.

Your stories can be anything ranging from your opinions about campus life to daily events that may have occurred to you.

Do you have any special announcements or advertisements for your colleagues?

Then share it here with us.

Send your contents to bsbm...@gmail.com.


We love to hear from you.

IIUM.FM

BSBM Batch Emblem

BSBM102.blogspot.com is a site dedicated specially for members of the BioMedical Batch 102 Community. A site that provide useful information for members of BSBM 102 as well as visitiors of this site.

Read here for more information.


NEW VISITOR?

Start Button for Newbies

SUBSCRIBE (FREE)

Subscribe to our
"INSIDE BSBM 102" newsletter for exclusive inside story of BSBM 102.


 or, subscribe with RSS Reader


Recent Comments