IIUM: Announcements | News | Updates

Kurangkan Stress Anda!


katakan TAK NAK kpd stress !

ASSALAMUALAIKUM.
hmm korang semuaa ap khabar ? 
sihat ? atau stress
if sihat alhamdulillah (:
TAPI. kalau stress macam mana ? 
apa pun, gambar di bwh mungkin menunjukkan ekspresi korang (:
tension gilaa.




otak blank.


overload.
which one are you ? not at all ? bagus ! haha tapi mesti ramai yg pening kepala kann. ada macam macam assignment yang semakin menggunung. term paper, lab report, presentation, study case, kuiz plus exam lagi.haiii.tu pun belum campur pasal masalah duit, hati, tambah tambah lagi korang korang yang homesick nak balik rumah and tak lupa juga bagi yang ada hutang keliling pinggang.tapi jangan risau sebab kat sini ada beberapa tips yang sangat bagus utk korang cuba (seperti yang dicadangkan oleh Pakar Motivasi : Dato Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah).so jangan lupa try buat.insyaallah stress korang hilang.if tak hilang punn, maybe dapat kurangkan.
  • Solat 5 waktu jangan tinggal. Sebaik-baiknya berjemaah.
  • Ambil Wudhu’.
  • Banyakkan membaca Al-Quran. Hayati maknanya.
  • Banyakkan makan buah-buahan. (Contoh buah limau kerana banyak vitamin C).
  • Kurangkan makan daging merah. Amalkan makan daging putih.
  • Amalkan teknik urutan.
  • Mandi (sebaik-baiknya air suam, bukan air panas). Amalkan menggunakan aroma terapi seperti bau-bauan yang wangi sewaktu mandi.
  • Berbincang, ceritakan masalah anda kepada orang yang boleh anda percayai. Jangan ceritakan kepada orang yang tak pandai simpan rahsia. Nanti anda makin stress..
  • Tengok binatang-binatang peliharaan. Contohnya tengok ikan di dalam akuarium.
  • Menangis. Ambil waktu yang sesuai, menangis. Sebaik-baiknya apabila bersolat malam (bertahajjud).
  • Kurangkan makanan yang banyak perasa tiruan.
  • Amalkan teknik ‘physical relaxation’.
  • Tengok pemandangan sekeliling. Lihat tumbuhan hijau.
  • Menyanyi. Tetapi awas, jangan menyanyi sampai mengganggu orang lain.
  • Dengar ceramah-ceramah agama.
  • Buka tingkap bilik, benarkan cahaya matahari masuk dan udara bersih masuk ke dalam bilik.
  • Minum air kosong dengan banyak. Sebaik-baiknya 1-2 L @ 3-4 L sehari.
  • Hubungi @ telefon ibu dan ayah. Bercakap dengan mereka.
  • Letak gambar ibu dan ayah di atas meja. Simpan gambar mereka di dalam dompet. Tengok gambar mereka bila stress.
  • Dengar muzik yang merdu, contohnya nasyid dan lain-lain.
  • Bila tension, senyum. Jangan pilih untuk marah.
  • Uzlah. Ambil masa untuk bersendirian.
  • Imbas kembali kenangan-kenangan manis sewaktu kecil-kecil dulu. Kalau ada barang-barang kenangan yang begitu berharga dan mempunyai sejarah tersendiri, sila tengok. Ambil masa seketika.
  • Pakai pakaian yang sesuai warnanya, warna-warna yang ceria.
  • Banyakkan doa kepada Allah supaya memberi ketenangan dan meredakan segala kemarahan. Maafkan semua orang.
SENANG KANN ? SO SELAMAT MENCUBA. BAASHAAH (:


posted under , |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home


SHARE YOUR THOUGHTS

Have the urge to share with your fellow colleagues by sending us your stories.

Your stories can be anything ranging from your opinions about campus life to daily events that may have occurred to you.

Do you have any special announcements or advertisements for your colleagues?

Then share it here with us.

Send your contents to bsbm...@gmail.com.


We love to hear from you.

IIUM.FM

BSBM Batch Emblem

BSBM102.blogspot.com is a site dedicated specially for members of the BioMedical Batch 102 Community. A site that provide useful information for members of BSBM 102 as well as visitiors of this site.

Read here for more information.


NEW VISITOR?

Start Button for Newbies

SUBSCRIBE (FREE)

Subscribe to our
"INSIDE BSBM 102" newsletter for exclusive inside story of BSBM 102.


 or, subscribe with RSS Reader


Recent Comments