IIUM: Announcements | News | Updates

Bab Menyatakan Menakuti Orang yang Meninggalkan Sembahyang (باب زجر تارك الصلاة)


بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti yang kita ketahui bahawa sembahyang yang lima waktu itu tiang bagi agama. Maka mereka yang mendirikan sembahyang itu telah mendiri ia akan agama dan mereka yang meninggalkan sembahyang itu telah meroboh ia akan agama. Dan bahawasanya daripada sebesar-besar bala dan terlebih keji daripada segala yang keji-keji itu bemudah-mudah seseorang dengan sembahyang. Dengan sembahyang, Allah mengangkat darjat dan diampuni Allah akan segala kejahatan dan dosa seseorang.

Tiada difardhu Allah atas segala hambanya kemudian daripada tauhid, akan sesuatu yang terlebih kasih kepada Allah daripada sembahyang dan jika ada suatu terlebih kasih kepada Allah daripada sembahyang nescaya diperbuat ibadah dengannya segala malaikat kerana setengah daripada malaikat itu rukuk, sujud, berdiri, dan duduk. Dan dikatakan bahawasanya segala yang sembahyang daripada malaikat yang di dalam tujuh petala langit itu dinamakan khadamur rahman (خدام الرحمن).

Di akhirat nanti bahawa amalan manusia yang pertama dihisab oleh Allah ialah sembahyang sebagaimana sabda Nabi صلى عليه وسلم :
((أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة الصلاة, فان صلحت صلح سائر عمله وان فسدت فسد سائر عمله))
Maksudnya: Perhitungan yang mula-mula sekali dilakukan ke atas seseorang hamba di akhirat nanti ialah sembahyang, jika baik sembahyang maka baiklah segala amalan yang lain dan jika rosak sembahyang maka turut rosak segala amalan yang lain.

Sabda Nabi صلى عليه وسلم lima sembahyang difardhukannya oleh Allah atas segala hambaNya maka mereka yang menunaikan sembahyang pada segala waktunya adalah ia nur baginya dan tanda pada hari kiamat dan mereka yang meninggalkan sembahyang diseksa bersama dengan firaun dan haman.


Tiada diterima Allah daripada orang yang meninggalkan sembahyang akan puasanya, sedekahnya, hajinya, amalannya, zakatnya dan orang yang meninggalkan sembahyang itu turun atasnya pada tiap-tiap hari dan tiap-tiap malam seribu laknat dan seribu murka. Dan tiada bahagian baginya pada syafaat Nabi صلى عليه وسلم.

Orang yang meninggalkan sembahyang diganda baginya azab 2 kali ganda dan datang ia pada hari kiamat dibelenggu dua tangan kepada leher dan pukul segala malaikat akan dia. Orang yang meninggalkan sembahyang apabila jatuh satu suap kepada mulutnya yakni apabila masuk satu suap makanan di dalam mulutnya, berkata ia laknat akan daku oleh Allah hai seteru Allah, engkau makan rezeki Allah dan tiada engkau tunaikan fardhuNya.

Pada zaman ini maka engkau lihat akan seseorang mereka itu becampur-campur ia dengan orang yang meninggalkan sembahyang daripada anak-anaknya, khadam-khadamnya, sahabat-sahabatnya dan lain-lainnya dan makan ia bersamanya dan tertawa-tawa bersamanya dan lainya dan tiada dinyatakan baginya sekali-kali akan dosa meninggalkan sembahyang dan tiada dinyatakan baginya akan pahala mengerjakan sembahyang.

Bahawasanya sembahyang dan mengekalkan atasnya itu sebab bagi mendapatkan segala kebajikan dan segala berkat dan membanyakkan hasanat dan mengangkatkan darjat dan diampuni dosa dan mengangkat segala bala.

Dan jangan kata bahawasanya aku sembahyang dan tiada aku hiraukan dengan orang yang meninggalkan sembahyang kerana bahawasanya bala apabila turun nescaya melengkapi akan yang solih dan tiada solih kerana tiada ia suruhkan mereka mendirikan sembahyang dan tiada ditegahkan mereka itu (orang yang meninggalkan sembahyang).

Dan daripada Rasul صلى عليه وسلم bahawasanya sabda ia pada hari bagi segala sahabatnya kata olehmu ((اللهم لا تجعل فينا شقيا ولا محروما)) ertinya Ya Allah, jangan Engkau jadikan pada kami orang yang celaka dan jangan Engkau jadikan pada kami orang yang diharamkan, kemudian sabdanya adakah kamu ketahui siapa orang yang celaka yang diharamkan itu, kata sahabat siapa ia ya Rasulullah, sabdanya orang yang meninggalkan sembahyang.

Ketika peristiwa Isra’, tatkala datang Nabi صلى عليه وسلم atas satu kaum yang memecahkan kepala mereka itu dengan batu, tiap-tiap kali dipecahkan kembali ia seperti sediakala, tiada lemah daripada mereka itu sesuatu daripada yang tersebut, sabda Nabi ya Jibrail siapa mereka itu, katanya yang berat kepala mereka itu daripada sembahyang.

Sabda Nabi صلى عليه وسلم barangsiapa memeliharakan atas sembahyang nescaya dimuliakan oleh Allah dengan 5 perkara, diangkatkan daripada orang yang memelihara sembahyang kehidupan yang sempit dan diangkatkan daripadanya azab kubur dan diberikan suratan amalannya dengan kanannya dan lalui atas titian sirat seperti kilat dan masuk syurga dengan tiada hisab, dan mereka yang bermudah-mudah dengan sembahyang diseksa oleh Allah dengan 15 seksa, 6 seksa di dalam dunia, dan 3 seksa ketika hendak mati, dan 3 seksa pada ketika masuk di dalam kubur, dan 3 seksa tatkala berjumpa dengan Tuhannya,

maka adapun 6 seksa di dalam dunia,
     1. Dihilangkan berkat daripada umurnya
     2. Dihapuskan tanda-tanda orang yang solihin daripada mukanya
     3. Segala amal yang ia beramal akan dia tiada diberi pahala oleh Allah
     4. Tiada diagkatkan baginya doa kepada langit (doa tidak diterima)
     5. Tiada baginya bahagian di dalam doa orang yang solihin
     6. Keluar rohnya dengan ketiadaan iman
 dan adapun 3 seksa yang mengenai akan dia pada ketika hendak mati,
     1. Mati ia kehinaan (contoh mati di tempat maksiat) 
     2. Mati dalam ia lapar
     3. Mati dalam ia dahaga air, dan jikalau diberi minum akan dia segala laut dunia sekalipun tiada puas dahaganya

dan adapun 3 seksa yang mengenai akan dia di dalam kuburnya
   1. Disempit oleh Allah akan kubur sehingga berselisih segala tulang rusuknya 
    2. Dinyalakan api atasya di dalam kubur dan berbalik-balik ia atas bara api pada malam dan siang 
    3. Dilepaskan atasnya ular di dalam kubur namanya syuja’ul afrak (الشجاع الافراق) dipukulkan dia kerana meniggalkan sembahyang dan diazabkan dia dengan kadar segala sembahyang yakni dengan kadar sembahyang yang ditinggalkan dia

dan adapun 3 seksa yang mengenai akan dia tatkala berjumpa dengan Tuhannya itu apabila terbelah langit datang akan dia malaikat dan pada tangannya rantai panjangnya 70 hasta maka dibelenggu rantai pada leher kemudian dimasukkan rantai itu di dalam mulutnya (orang yang meninggalkan sembahyang) dan dikeluarkan daripada duburnya dan menyeru malaikat inilah dibalaskan mereka yang mengsia-siakan segala fardhu Allah Taala dan keduanya tiada ditilik Allah kepadanya dan tiada disuci Allah akan dia dan baginya azab yang amat pedih dan diriwayatkan bahawasanya pertama-tama orang yang dihitamkan mukanya pada hari kiamat itu segala muka orang yang meninggalkan sembahyang dan bahawasanya di dalam neraka itu satu wadi (lembah) dinamakan لملم di dalamnya beberapa ular dengan sebesar-besar leher unta panjangnya perjalanan sebulan, dipatukkan orang yang meniggalkan sembahyang maka bergelegak racun di dalam jasadnya 70 tahun kemudian maka hancur dagingnya.

*Diambil dari kitab Wisyah Afroh (وشاح الافراح واصباح الفلاح) karangan العبد الغاني محمد بن اسماعيل دأود الفطاني pada bab menyatakan menakuti orang yang meninggalkan sembahyang (باب زجر تارك الصلاة). Segala kesilapan yang ada dalam penulisan ini harap dapat membetulinya. Semoga penulisan yang tidak seberapa ini dapat menigatkan kita tentang azab bagi mereka yang meninggalkan sembahyang. Sama-samalah kita memperingati antara satu sama lain. Sesungguhnya manusia itu lemah dan tidak terlepas dari dosa.


posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home


SHARE YOUR THOUGHTS

Have the urge to share with your fellow colleagues by sending us your stories.

Your stories can be anything ranging from your opinions about campus life to daily events that may have occurred to you.

Do you have any special announcements or advertisements for your colleagues?

Then share it here with us.

Send your contents to bsbm...@gmail.com.


We love to hear from you.

IIUM.FM

BSBM Batch Emblem

BSBM102.blogspot.com is a site dedicated specially for members of the BioMedical Batch 102 Community. A site that provide useful information for members of BSBM 102 as well as visitiors of this site.

Read here for more information.


NEW VISITOR?

Start Button for Newbies

SUBSCRIBE (FREE)

Subscribe to our
"INSIDE BSBM 102" newsletter for exclusive inside story of BSBM 102.


 or, subscribe with RSS Reader


Recent Comments