IIUM: Announcements | News | Updates

Menyemai Rasa Cinta Terhadap Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم Dengan Membaca Maulid


بسم الله الرحمن الرحيم

Mudah-mudahan mendapat syafaat dan pertolongan dari junjungan besar Nabi kita Sayyidina Muhammad Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bagi mereka yang membacanya seorang diri atau pun bersama jemaah, setiap malam atau hari, seminggu sekali atau pun sebulan sekali. Segarkanlah ingatan dan kenangan kita terhadap Baginda (صلى الله عليه وسلم) yang amat kita kasihi dan sayangi ini dengan membaca lembaran-lembaran sejarah hidupnya, sambil mengumandangkan selawat-selawat salam ke atasnya.

Tulisan-tulisan ini diambil dari Mawlid Ad-Daibai’, karangan Al-Hafiz Wajihuddin Abu ‘Abdillah Abdul Rahman Ibnu ‘Ali Ibni Muhammad Ibni Umar As-Syaibani Az-Zabidi As-Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan masyhur Al-Imam Ibnu Ad-Daibai’, suatu gelaran yang berasal dari datuknya ‘Ali Ibnu Yusuf. Daibai’ bermaksud putih dalam bahasa Sudan. Mawlid Ad-Daibai’ sudah berumur lebih 450 tahun dan dibaca di hampir seluruh dunia Islam.

Imam Ad-Daibai’ adalah seorang ulama ahli hadis dan ahli tarikh. Beliau dilahirkan pada hari Khamis, 4 Muharram 866H bersamaan 9 Oktober 1461M di kota Zabid, Yaman Utara. Pada masa kecilnya, beliau telah diasuh oleh bapa saudaranya Jamaluddin Muhammad Ibnu Ismail, Mufti Zabid. Dari situlah beliau telah mendapat ilmu Al-Quran, ilmu Hadis, ilmu Hisab dan tarbiah yang utama.

Selain itu, beliau juga telah berguru dengan beberapa ulama pada zamannya. Antaranya adalah Imam As-Sakhawi, Ibnu Ziyad, As-Syahid Al-Hafiz At-Tahir Ibnu Husain Al-Ahdal, As-Syaikh Ahmad Ibnu Abdul Latif As-Syardji dan beberapa ulama di “Bait Al-Faqih” dari keluarga Ibnu Dja’man.


Imam Ad-Daibai’ diriwayatkan mempunyai sifat yang lemah-lembut, tawaduk dan solih. Pada akhir riwayat beliau, ramai yang datang kepadanya untuk menimba ilmu. Setiap hari beliau berulang-alik antara rumahnya dengan tempat beliau mengajar ilmu hadis dan ilmu tarikh. Dikatakan beliau telah membaca Sahih Al-Bukhari lebih daripada seratus kali dan pernah mengkhatamkannya dalam masa enam hari sahaja.

Beliau telah kembali ke rahmatillah pada pagi Jumaat 12 Rajab tahun 944H bersamaan bulan Disember 1537M, ketika berumur 78 tahun. Semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Amin…

*****************************************
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Pertama sekali yang akan kami jadikan tirai pembuka kisah kelahiran Insan Teragung ini adalah dengan menyampaikan dua rangkaian hadith, yang bersumber daripada seorang Nabi yang sangat hebat darjatnya, salasilah keturunannya teramat mulia dan perjalanan hidupnya begitu lurus. (Rasulullah صلى الله عليه وسلم). Tentang haknya, Allah Yang Sentiasa Maha Mendengar dan Maha Mengetahui  telah berfirman : “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya sentiasa berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu semua dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya” (Surah Al-Ahzab : 56)

YA ALLAH, BERIKAN RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN SERTA KEBERKATAN KEPADA NABI MUHAMMAD SAW DAN KELUARGANYA

(HADIS PERTAMA) Diriwayatkan daripada seorang yang bergelar ‘Samudera Ilmu’ yang mencurah-curah ilmunya tak putus-putus, ‘Lidah Al-Quran’ yang menuturkan makna-maknanya, seorang tokoh ulama manusia yang tiada tolok bandingannya, iaitu : Saidina Abdullah Ibnu Abbas radiallahu ‘anhuma – hadisnya bersumber daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, yang bahawasanya Baginda SAW bersabda : “Sesungguhnya Quraisy (Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم) dahulu adalah berupa Nur di hadapan Allah ‘azza wa jalla, (di antara kudrat dan iradatNya), iaitu dua ribu tahun sebelum Dia mencipta Nabi Adam ‘alaihissalam. Nur tersebut sentiasa bertasbih kepada Allah. Dan dengan bacaan tasbihnya itu, para malaikat pun ikut bertasbih kepadaNya. Maka tatkala Allah mencipta Nabi Adam ‘alahissalam, dititipkan Nur tersebut pada tanah liat yang menjadi asal ciptaannya.” Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda lagi : “Kemudian Allah ‘azza wa jalla telah menurunkan aku (Nur tersebut) ke bumi dalam tulang belakang Nabi Adam ‘alaihissalam. Dan aku telah dibawa berlayar juga di dalam bahtera Nabi Nuh ‘alaihissalam yang di saat itu aku berada di dalam sulbi (tulang belakang)nya. Lalu aku diletakkan pula di dalam sulbi Nabi Ibrahim ‘alahissalam ketika ia dilemparkan ke dalam ganasnya kobaran api Raja Namrud. Allah ‘azza wa jalla sentiasa memindahkan aku dari sulbi-sulbi yang suci ke dalam rahim-rahim yang bersih lagi megah, sehinggalah Allah mengeluarkan aku (dengan kelahiran jasad) dari ibubapaku yang kedua-duanya tidak pernah melakukan zina sama sekali.”

(HADIS KEDUA) Diriwayatkan dari ‘Ato’ Bin Yasar cerita tentang Ka’ab Al-Ahbar, katanya : “Ayahku telah mengajarkanku seluruh bahagian kitab Taurat kecuali satu bahagian sahaja, yang bahagian itu selalu dibacanya hingga tamat lalu dimasukkan ke dalam petinya. Ketika ayahku telah meninggal dunia, maka peti itu aku buka. Ternyata di dalam bahagian kitab Taurat itu terdapat keterangan tentang seorang Nabi yang akan muncul di akhir zaman.-”Tempat lahirnya di Mekah dan tempat hijrahnya adalah di Madinah serta seorang sultannya akan berkuasa dan bertakhta di Syam (Saidina Mu’awiah r.a.). Ia selalu menggunting rambutnya dan memakai kain pelikat di atas pertengahan tubuhnya (dari perut sampai ke tengah betisnya. Ia akan menjadi Nabi yang terbaik di antara para Nabi, dan umatnya juga akan menjadi umat yang terbaik. Mereka akan selalu bertakbir mengagungkan kebesaran Allah Ta’ala ketika mendaki tempat yang tinggi. Mereka akan membuat barisan-barisan ketika solatnya seperti barisan-barisan mereka ketika berperang. Hati-hati mereka adalah tempat tersimpannya mushaf-mushaf mereka (ramai yang akan sanggup menghafal kitab suci mereka). Mereka akan sentiasa memuji Allah Ta’ala atas segala kesusahan dan kesenangan. Satu pertiga daripada umatnya akan masuk syurga tanpa hisab.{Ya Allah, jadikanlah kami daripada mereka}. Satu pertiga lagi, akan datang di hari kiamat dengan membawa pelbagai dosa dan kesalahan, lalu mereka akan dikurniakan pengampunan. Dan satu pertiga lainnya akan datang menghadap Allah dengan pelbagai dosa dan kesalahan besar. Maka Allah Ta’ala akan bertitah kepada malaikat : ”Pergilah periksa dan timbang amalan mereka.” Kemudian malaikat melaporkan : “Wahai Tuhan kami, kami dapati mereka telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, dan kami dapati perbuatan-perbuatan dosa mereka itu bagaikan gunung. Hanyasanya mereka itu masih bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah صلى الله عليه وسلم.” Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah Pesuruh Allah.

YA ALLAH, BERIKANLAH RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN SERTA KEBERKATAN KEPADANYA DAN KELUARGANYA

Mendengarkan laporan malaikat tersebut, lalu Allah akan berfirman : “Demi kemuliaanKu dan keagunganKu, Aku tidak pernah menjadikan orang yang benar-benar ikhlas bersaksi kepada ketuhananKu, sama dengan orang yang mendustakan Aku. Masukkanlah mereka ke dalam syurga dengan rahmatKu.”

insyaAllah to be continued...


posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home


SHARE YOUR THOUGHTS

Have the urge to share with your fellow colleagues by sending us your stories.

Your stories can be anything ranging from your opinions about campus life to daily events that may have occurred to you.

Do you have any special announcements or advertisements for your colleagues?

Then share it here with us.

Send your contents to bsbm...@gmail.com.


We love to hear from you.

IIUM.FM

BSBM Batch Emblem

BSBM102.blogspot.com is a site dedicated specially for members of the BioMedical Batch 102 Community. A site that provide useful information for members of BSBM 102 as well as visitiors of this site.

Read here for more information.


NEW VISITOR?

Start Button for Newbies

SUBSCRIBE (FREE)

Subscribe to our
"INSIDE BSBM 102" newsletter for exclusive inside story of BSBM 102.


 or, subscribe with RSS Reader


Recent Comments